Page 202 - buku mysg
P. 202

195






                     (D3) SUKARELAWAN DALAM KELAS (SdK)
                           1.   PIBG  perlu  mengadakan  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemilihan  SdK  bagi
                                memilih  sukarelawan  yang  bersesuaian  sekiranya  ada  keperluan  dan
                                permintaan daripada pihak sekolah.

                           2.   KSIB membantu PIBG mengemaskinikan dan menyelaraskan maklumat SdK
                                yang dipilih.
                           3.   Tugas-tugas SdK seperti berikut:
                                   a)  Membantu guru dalam proses PdP, contohnya:
                                        •   Menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti
                                        •   Membantu murid meningkatkan pemahaman terhadap kandungan
                                            pembelajaran atau tugasan yang diberikan.
                                        •   Menyediakan bahan bantu belajar
                                   b)  Berkongsi kemahiran atau maklumat untuk memperkaya pembelajaran

                                       dalam kelas, contohnya menceriakan bilik darjah
                                   c)  Memudah  cara  dan  membimbing  aktiviti  individu,  kumpulan  kecil,
                                       kumpulan dalam kelas.



                              JR10 | JK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan


                         RUJUKAN
                     i.     Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007: Panduan Pengurusan Pejabat.

                     Kelab  Kebajikan  Guru  dan  Kakitangan  dianggotai  secara  automatik  oleh  semua  staf  di
                     sekolah. Kelab ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan mewujudkan hubungan harmoni
                     dalam kalangan staf.
               1.    Merancang dan mengurus aktiviti/program bagi kebajikan dan kemajuan staf sekolah.
               2.    Menjadi  penggerak  dan  pengantara  yang  membolehkan  staf  berinteraksi  dan

                     berkomunikasi dalam suasana sosial yang sihat.
               3.    Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
               4.    Menyelenggarakan dan menghias susun atur di dalam bilik guru termasuk ruang kerja dan
                     ruang rehat staf.
               5.    Memastikan  aktiviti/program  kelab  dilaksanakan  dengan  sempurna  dan  teratur  seperti
                     yang telah dirancang.
               6.    Menyelaraskan dan memenuhi keperluan staf dari semasa ke semasa.

               7.    Mengendalikan kutipan yuran, mengurus belanjawan aktiviti kelab dan pemberian bantuan
                     kepada ahli yang melibatkan kebajikan ahli seperti sakit, kematian atau menunaikan haji.
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207