Page 95 - buku mysg
P. 95

88







                                  TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 22 hingga 30 waktu seminggu

                     bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
                     semasa  serta  melaksanakan  pentaksiran  PdP  dan  mengambil  tindakan  susulan  yang
                     sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    Memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan  menganggotai  jawatankuasa  dengan  kelulusan
                     PGB dari semasa ke semasa.
               6.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.

               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.

               (A)  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
                     1.    Memahami  dan  mematuhi  pekeliling  dan  arahan  yang  berkaitan  dengan  mata
                           pelajaran yang diajar.
                     2.    Memiliki, memahami, mentafsir dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran.

                     3.    Menyediakan  rancangan  pengajaran  tahunan  (RPT)  dan  rancangan  pengjaran
                           harian  (RPH)  bagi  mata  pelajaran  yang  diajar  serta  mengemaskinikankan  untuk
                           semakan PGB mengikut masa-masa yang ditetapkan.
                     4.    Melaksanakan PdP berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata
                           pelajaran yang diajar.
                     5.    Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid
                           serta menyerahkannya kepada PGB untuk semakan.
                     6.    Membuat refleksi, merancang penambahbaikan dan melaksanakan program/aktiviti
                           pemulihan dan pengayaan dalam pelaksanaan PdP.

                     7.    Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas
                           yang diajar dengan bantuan murid.
                     8.    Menyedia dan membangunkan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif.
                     9.    Melaksanakan jadual guru ganti (relief) sebagaimana diarahkan oleh PGB/pentadbir
                           mengikut keperluan.

               (B)  PENGURUSAN PENTAKSIRAN

                     1.    Merancang penilaian dan pentaksiran murid/program/aktiviti berdasarkan pekeliling
                           terkini yang sedang berkuat kuasa.
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100