Page 3 - BOOKLET KONSEP TAKAFUL MENURUT ISLAM
P. 3

PENGENALAN





             TAKAFUL






                                                                  Takaful ialah alternatif kepada insurans
                                                                  konvensional yang haram kerana mengandungi
                                                                  unsur-unsur riba, gharar, dan perjudian. Takaful
                                                                  yang berteraskan tabarru’ tidak selamat daripada
                                                                  kritikan-kritikan antaranya, ia banyak menyerupai
                                                                  insurans biasa daripada segi penjualan polisi
                                                                  perlindungan, pengurusan dana dan juga sebagai
                                                                  sebuah entiti perniagaan yang bertujuan mengaut
                                                                  keuntungan. Peserta takaful juga bukan sahaja
                                                                  bertujuan untuk menyumbang dan mendapatkan
                                                                  perlindungan, tetapi juga berminat untuk membuat
                                                                  pelaburan.


             Dari segi bahasa perkataan "takaful ialah kata
             terbitan yang berasal dari kata kerja takala yatakalu
             takuan yang bermaksud saling menjamin, saling
             menjaga dan saling memelihara Perkataan ini telah
             menjadi perkataan yang biasa digunakan dalam
             bahasa Melayu yang bermaksud: insurans yang
             didasarkan mengikut asas-asas dan hukum agama
             Islam. Selain takaful, ungkapan insurans lebih
             popular dengan satu istilah lain dalam bahasa Arab
             iaitu al-to min al-To'min didefinisikan sebagai sesuatu
             yang boleh menjamin kehidupan dan jaminan kepada
             malapetaka yang mungkin berlaku.



             Dan segi istilah pula, takaful memben maksad: satu
             pakatan antara peserta mana-mana kumpulan yang
             masing-masing bersetuju untuk saling jamin
             menjamin, tolong menolong dan lindung melindungi
             antara satu sama lain dari kehilangan atau kerugian
             akibat ditimpa olch apa-apa musibali atau bencana
             Selain itu, Abd Allah Nägih Ulwan mendefinisikan
             takaful dari segi istilah sebagai pakatan antara
             anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin
             dan saling bantu membantu samaada mereka itu
             individu atau kumpulan, para pemimpin atm rakyat
             dengan mengambil tindakan-tindakan yang positif
             seperti memelihara anak yatim dan mengharamkan
             segala bentuk yang negatif seperti amalan monopoli
             dan sebagainya.                                                                                 1
   1   2   3   4   5   6   7   8