Page 12 - buku kerja luar survey flipbook html5
P. 12
2.0 UKUR TRABAS TEODOLIT
2.1 KAEDAH CERAPAN TRABAS MENGGUNAKAN TEODOLIT
1. Katakan bering rujukan (datum) diambil dari Pelan Akui dan nilainya 327 59’ 30”
2. Dirisiapkan tiodolit di stesen 2 dengan melakukan pelarasan dan pemusatan.
3. Setkan bacaan bering rujukan ke dalam tiodolit pada penyilang kiri (bulatan
pugak berada di sebelah kiri pencerap). Kunci skru pengunci mendatar apabila
paparan sudut pada skrin menhampiri 327. Untuk mendapatkan bacaan yang
tepat gunakan skru gerak perlahan. Tekan HOLD. Bacaan bering akan berkelip.
4. Setelah bacaan bering tersebut disetkan, tiodolit masih tidak boleh dipusingkan
kerana skru pengunci mendatar masih dikunci. Longgarkan kunci tersebut supaya
teodolit dapat dipusingkan.
5. Halakan teleskop ke sasaran di stesen 1 menggunakan pembidik dan ketatkan
skru pengunci mendatar. Dengan menggunakan skru gerak perlahan mendatar,
buatkan supaya bebenang stadia tiodolit setindih dengan benang pelambap yang
tergantung bebas. Tekan HOLD sekali lagi untuk mensetkan bering tadi ke stesen
1. Ukur jarak dengan menggunakan rantai ukur.
6. Longgarkan skru pengunci mendatar dan pugak. Halakan teleskop ke stesen 3.
7. Setindihkan juga bebenang stadia tiodolit dengan benang pelambap yang
tergantung bebas di stesen 3 dengan memutarkan skru gerak perlahan pugak.
8. Bacaan bering dicatatkan dalam buku kerja luar. Jarak stesen 2 ke 3 diukur dengan
menggunakan rantai ukur.
2.2 PENGIRAAN SELISIH TUTUP TERABAS
Garisan 1-2 dibaca = 65 31’ 10”
Sepatutnya dibaca = 65 30’ 00”
Tikaian = + 01’ 10” bagi setiap stesen iaitu 2,3,4,5 dan 1
Pembetulan = - 14” per stesen
2.3 PENGIRAAN KESILAPAN PENGUKURAN DAN TIKAIAN LURUS
Kesilapan ukuran jarak dinyatakan sebagai ED = dL + dD
2
2
Tikaian lurus = ED
Jumlah jarak
Di semak oleh : Tandatangan:
Nama: Tarikh:

