Page 287 - Buku Pengurusan
P. 287

8.   Menggalakkan murid-murid menjaga serta mengawal kebersihan diri dan
                kebersihan alam sekitar, seperti:
                a. membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas.
                b. membasuh tangan sebelum menjamah makanan.
                c. menjaga kebersihan tandas

            9.  Menitikberatkan aspek-aspek kesihatan diri, makanan dan pemakanan,
                kesihatan masyarakat dan sebagainya kepada murid-murid serta menegaskan
                kaitannya dengan penyakit berjangkit, terutama penyakit-penyakit yang
                merebak melalui makanan dan minuman.

            10. Melarang murid-murid membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar
                kawasan sekolah.

            11. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta
                agensi-agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat.

            12. Menguruskan buku/ maklumat kesihatan.
            13. Menguruskan lawatan / pemeriksaan Jabatan Kesihatan.
            14. Mengurus dan menyelia setiap program kesihatan yang dijalankan.
            15. Menyediakan laporan setiap program kesihatan yang dijalankan.
            16. Membentuk jawatankuasa bagi merancang dan menjalankan program
                bersepadu sekolah sihat.

            17. Memantau / memeriksa tempat yang berpotensi untuk pembiakan Aedes.
            18. Mengelola dan menceriakan bilik kesihatan.
            19. Menjalankan program promosi kesihatan.

























                                                                                 278
   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292