Page 304 - Buku Pengurusan
P. 304
8. Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran
yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.
9. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh
sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan
dan sebagainya. Mengandungi:
a) Tarikh
b) Jenis Pertandingan/ Perlawanan
c) Pasukan yang terlibat
d) Tempat pertandingan
e) Keputusan pertandingan/pencapaian pasukan.
10. Membantu bersama ahli jawatankuasa sukan merangka aktiviti sukan selepas
peperiksaan selesai dijalankan.
11. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa ke
semasa.
Penyelaras Unit-Unit Kokurikulum (Penyelaras Unit Badan Beruniform, Penyelaras
Unit Sukan Permainan, Penyelaras Unit Kelab Persatuan)
1. Mengatur dan menyelia perjalanan unit beruniform/kelab persatuan/sukan
permainan.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk memasuki unit
beruniform/kelab persatuan/sukan permainan.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan perlembagaan dan minit mesyuarat agung setiap unit direkod serta
difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
8. Mengurus buku/kad kokurikulum:
a) Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua
murid.
b) Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di
Bilik GPK Kokurikulum
9. Menyediakan borang/buku/fail yang diperlukan untuk aktiviti:
WAT
a) Borang memasuki unit-unit kokurikulum
d
K
AJ
r
a
a
i
l
h
i
n
a
a
a
n
b) Bo AS uSubbNKUASA PENGURUSAN & PENTADBIRAN
r
g
e
n
s
c) Buku laporan/fail kegiatan SEKOLAH
d) Fail-fail yang diperlukan.
10. Mengumpulkan perancangan aktiviti tahunan unit beruniform, kelab
persatuan,sukan permainan untuk rujukan, rekod dan edaran pada awal tahun.
11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku/fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan
rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
13. Melaksanakan pentaksiran kokurikulum.
14. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa.
295

