Page 12 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 12

6       TINTA BICARA PENGETUA











          Salam sejahtera kepada seluruh warga SMK Pujut.

          Kita amat bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja
          menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK PUJUT.
          Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Pentadbiran SMK
          Pujut 2022/2023 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan
          ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP)
          dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan berfokus.
          Sehubungan  dengan  itu,  diharapkan  buku  pengurusan  ini  membantu  guru-guru  membuat  perancangan  dan  menyediakan
          program-program  khusus  merangkumi  aktiviti  akademik,  kokurikulum  dan  sahsiah  terutamanya  dalam  usaha  melakukan
          transformasi kecemerlangan sekolah menjelang 2025.
          Penandaras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang cekap dan berkesan adalah  kemenjadian murid dan saya
          berharap  Buku  Panduan  Pengurusan  Sekolah  ini  dapat  memacu  budaya  kerja  warga  SMK  Pujut  ke  arah  menjadikan
          Kemenjadian Murid yang Berkualiti sebagai indikator kejayaan masing masing.
          Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa SMK Pujut Miri akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap
          pembelajaran  yang  terancang,  terkawal  dan  sempurna  dalam  usaha  membentuk  modal  insan  yang  berkualiti.  Apa  juga
          halangan, cabaran dan rintangan yang mendatang kita hadapi  dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi
          dan berintegriti untuk mencapai misi dan visi sekolah.
          Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2022/2023. Sekian, terima kasih.

          `BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

          Saya yang menjalankan amanah,

          Madline Jayan

          (MADLINE ANAK JAYAN)











           BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2022
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17