Page 242 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 242
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang empat (4) kali setahun.
2. Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kurikulum sekolah.
3. Merancang dan mengurus pengoperasian kurikulum di sekolah.
4. Merancang dan mengawal pengurusan sumber berkaitan kurikulum di sekolah.
5. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan kurikulum di
sekolah.
6. Merancang, memantau, menilai dan menambah baik pelaksanaan program
dan aktiviti kurikulum di sekolah.
7. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang
berkepentingan.
8. Melaporkan dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan kurikulum di
sekolah.
9. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kurikulum.
10. Merancang, menyusun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti
untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan, akademik,
kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan
11. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan
Pelaporan Sekolah.
12. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan
SKPMg2
13. Melaksanakan amalan MMI.
234

