Page 266 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 266
OBJEKTIF KOMPONEN HAL EHWAL MURID
1. Memberi peluang pendidikan yang secukupnya kepada pelajar untuk
menimba ilmu.
2. Meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penilaian pada setiap
masa.
3. Mendidik pelajar agar sentiasa patuh kepada ajaran agama, berdisiplin dan
mengamalkan nilai - nilai murni sepanjang masa.
4. Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif, harmoni dan selamat.
5. Mewujudkan kesedran kesihatan, keceriaan dan kebersihan, keindahan dan
keselamatan sekolah
6. Meningkatkan profesionalisme guru - guru dan staf sokongan dari semasa
ke semasa.
7. Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan pintar antara sekolah dengan
komuniti tempatan.
MATLAMAT KOMPONEN HAL EHWAL MURID
1. Meningkatkan tahap disiplin sebagai asas kecemerlangan pelajar.
2. Memupuk disiplin kendiri sebagai teras jati diri pelajar.
3. Mewujudkan budaya bersih, ceria dan selamat.
4. Meningkatkan keceriaan dan fungsi kantin sekolah.
5. Menggerakkan amalan gaya hidup sihat.
6. Mewujudkan budaya hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah.
7. Menghayati nilai - nilai Islam sebagai asas pendidikan sepanjang hayat.
8. Memastikan pelajar yang layak mendapat Skim Pinjaman Buku Teks.
9. Meningkatkan keselamatan pelajar di sekolah.
10. Memberi bantuan kepada pelajar yang kurang mampu untuk meneruskan
persekolahan.
11. Meningkatkan tahap kehadiran pelajar ke sekolah.
12. Memupuk bakat kempimpinan sekolah.
13. Meningkatkan ketrampilan pelajar dalam pelbagai bidang yang diceburi.
14. Meningkatkan kemahiran belajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.
257

