Page 278 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 278
8. Melantik Pembantu SPBT di kalangan murid.
9. Memastikan Bilik BOSS sentiasa kemas dan bersih serta semua buku tersusun
mengikut mata pelajaran.
10. Memproses permohonan SPBT dan memberikan kelulusan sama ada layak atau
tidak.
11. Bermesyuarat bersama Penyelaras Tingkatan apabila diperlukan.
12. Penyelaras Tingkatan perlu membuat senarai semak kelayakan dan selesai
seminggu dari tarikh Panel Kelayakan bersidang.
13. Penyelaras Tingkatan membantu setiausaha SPBT mengedarkan surat
pemberitahuan kelayakan.
14. Memastikan Guru Kelas melaksanakan tugas seperti berikut:
a. Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan
SPBT.
b. Mengedar, mengumpul dan menyemak Borang Kelayakan Murid (Borang
SPBT1) sebelum diserahkan kepada Penyelaras Tingkatan.
c. Menyediakan senarai nama layak dan tidak layak menerima SPBT.
d. Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks
dari murid.
e. Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan
pemulangan buku teks dari murid.
f. Memastikan murid menggantikan buku teks yang hilang/rosak oleh murid-
murid.
g. Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baiknya.
h. Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka pada ruang yang
disediakan pada cap SPBT.
269

