Page 285 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 285
10. Memastikan langkah-langkah pencegahan denggi dilaksanakan:
a. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan
nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas
denggi.
b. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan
pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah,
rumah dan masyarakat.
c. Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi
dalam pelbagai kaedah media.
d. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang
serta melaksanakan program pencegahan denggi.
e. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi.
f. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi
kepada pihak berwajib.
11. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan sekolah
dari semasa ke semasa
12. Merancang dan menaja berbagai projek kebersihan sekolah
13. Mengadakan program gotong-royong bersama dengan pihak sekolah dan PIBG.
14. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan
dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh jawatankuasa .
15. Mengurus fizikal sekolah dan persekitarannya supaya sentiasa bersih dan
kondusif.
16. Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal.
17. Membuat laporan bulanan kebersihan ke PPD sebelum atau selewatnya 5hb
setiap bulan.
18. Melaporkan, menganalisis dan mengambil tindak susul isu kebersihan
sekolah.
19. Melaksanakan tugas yang ditugaskan dari semasa ke semasa.
276

