Page 302 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 302
J
KPI 2022 / 2023
1. Memastikan 100% pelajar mendaftar dalam ketiga-tiga komponen kokurikulum
iaitu badan beruniform, sukan dan permainan, serta kelab dan persatuan.
2. Memastikan setiap pelajar terutamanya pelajar baru diberi pendedahan dan
maklumat mengenai tiga komponen kokurikulum yang ingin disertai
terutamanya sebelum pendaftaran dijalankan.
3. Memastikan setiap pelajar baru dimaklumkan maklumat mengenai tiga
komponen kokurikulum yang akan disertai, contohnya jenis komponen
kokurikulum dan guru penasihat yang bertanggungjawab.
4. Mesyuarat agung kokurikulum disediakan pada bulan Februari.
5. Mengadakan mesyuarat induk kokurikulum tiga kali iaitu pada bulan Januari, April
dan November.
6. Memantau penggunaan fail kokurikulum guru penasihat, fail penyelaras, dan fail
pengurusan kokurikulum.
7. Mengadakan Hari Perkhemahan yang melibatkan sekurang-kurangnya 100 orang
pelajar aktif dalam kokurikulum selewatnya-lewatnya bulan Ogos.
8. Memberi penghargaan dan insentif kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah atau aktif di bidang kokurikulum.
9. Membuat penilaian peringkat penyertaan dan pencapaian berdasarkan tiga
komponen kokurikulum pada akhir tahun sekolah.
A
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang dua (2) kali setahun
2. Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kokurikulum sekolah.
3. Merancang dan mengurus pengoperasian kokurikulum di sekolah.
4. Merancang dan mengawal pengurusan sumber berkaitan kokurikulum di sekolah.
5. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan kokurikulum di
sekolah.
6. Merancang, memantau, menilai dan menambahbaik pelaksanaan program dan
aktiviti kokurikulum di sekolah.
7. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang
berkepentingan.
8. Melapor dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan kokurikulum di
sekolah.
9. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kokurikulum.
10. Merancang, menyusun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti
untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah dalam bidang pengurusan,
akademik, kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan
11. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan
keputusanPelaporan Sekolah Rendah dan PBD.
12. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan
SKPMg2.
293

