Page 314 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 314

Guru Penasihat Unit-Unit Kokurikulum
          1.  Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM di sekolah dan pekeliling yang
              berkaitan dengan kokurikulum.
          2.  Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa
              dalam kalangan murid.
          3.  Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.
          4.  Memastikan perlembagaan dan peraturan dipatuhi oleh ahli-ahli.
          5.  Memastikan aktiviti selaras dengan visi, misi, objektif dan matlamat KPM.
          6.  Merancang aktiviti tahunan dengan melibatkan kerjasama murid.
          7.  Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan unit beruniform, kelab
              persatuan dan sukan permainan.
          8.  Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat dalam membangun
              potensi murid.
          9.  Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual dan takwim yang
              ditetapkan.
          10.  Menyemak dan mengesahkan kehadiran ahli.
          11.  Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

          12.  Memastikan undang-undang berkaitan unit kokurikulum dipatuhi.
          13.  Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
              sekolah, PPD/JPN.
          14.  Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat
              sekolah/daerah/negeri/ kebangsaan/antarabangsa dalam pertandingan, lawatan
              atau projek yang dijalankan.
          15.  Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
          16.  Mengurus surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
          17.  Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai dari semasa
              ke semasa.
          18.  Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
          19.  Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
              baiknya.
          20.  Menentukan peralatan dan kemudahan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
              dan mencukupi untuk digunakan.
          21.  Mendaftarkan unit kokurikulum dengan pihak berkaitan (jika ada).
          22.  Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan murid.
          23.  Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
              mempertingkatkan pencapaian.
          24.  Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan
              kemahiran diri.
          25.  Melaksanakan pentaksiran kokurikulum.
          26.  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa.











                                                                                 305
   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319