Page 4 - Notis & Minit Mesyuarat Panitia PJPK Kali ke-2 2020
P. 4

5.0     PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

                       5.1    Pengerusi memaklumkan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
                              dijalankan seperti biasa untuk semua tahun 1 hingga tahun 6.
                       5.2    Guru-guru diharapkan dapat membuat rekod PBD seperti biasa pada
                              tapak perekodan yang telah diselaraskan.
                       5.3    Semua guru dinasihatkan untuk melaksanakan pentaksiran secara telus
                              dan tersusun.
                       5.4    Pentaksiran boleh dijalankan dengan menggunakan buku latihan atau
                              buku aktiviti serta lembaran kerja mengikut kesesuaian murid dan kelas
                              yang diajar.
                       5.5    Pengerusi mencadangkan agar bahan-bahan pembelajaran atau
                              pentaksiran PJ & PK yang didapati daripada perkongsian guru-guru lain
                              melalui laman sosial ‘facebook’, ‘whatsapp’, ‘telegram’ bolehlah disimpan
                              dan dikongsikan sesama ahli panitia untuk digunakan pada masa yang
                              sesuai.

                                                                                Tindakan : Semua guru


               6.0     KAEDAH PEMBELAJARAN MURID PASCA PKP DAN LEMBARAN KERJA

                       6.1    Pengerusi memberitahu bahawa guru-guru boleh mula atau meneruskan
                              membuat pengajaran di alam maya dengan menggunakan semua
                              platform yang tersedia seperti google classroom, google meet, whatsapp,
                              telegram dan youtube channel.
                       6.2    Selain itu juga, guru boleh memberi latihan berkala dengan penggunaan
                              lembaran kerja atau buku modul mengikut kesesuaian. Lembaran kerja
                              atau apa-apa bahan latihan boleh juga untuk diletakkan di pondok
                              pengawal bagi memudahkan ibu bapa murid untuk mengambilnya dan
                              murid akan menyiapkan latihan tersebut di rumah masing-masing
                              bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan.
                       6.3    Pengerusi mengharapkan agar semua guru sentiasa bersedia untuk
                              memberikan komitmen yang tinggi bagi meningkatkan lagi pembelajaran
                              murid sekiranya mendapat arahan atau makluman terbaharu daripada
                              pihak KPM, JPN, PPD & pentadbiran sekolah berkaitan pendidikan
                              di sekolah rendah.
                       6.4    Pengerusi juga meggalakkan guru-guru PJ & PK  untuk mencari atau
                              membina bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan subjek
                              PJ & PK seperti video pdpc atau kuiz.
   1   2   3   4   5   6