Page 58 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 58

UNIT
               2         Lukisan Teknik                                                                                     Garisan Horizon




                                                                                                                            Dikenali sebagai garisan aras              Satu garis mendatar (horizon)
                                                                                                                            mata atau garisan kaki langit.             yang merentasi gambar.
             Maksud Lukisan Teknik



           Lukisan teknik merupakan salah satu cara untuk menyampaikan maklumat                                                                                        Jika kita berdiri, aras pandangan
           secara grafik sama ada dalam persekitaran harian ataupun bidang kejuruteraan.                                    Berada pada aras mata dan                  mata akan turut meninggi dan
           Simbol atau logo tertentu dicipta bagi menyampaikan maksud yang jelas kepada                                     kedudukannya bergantung pada               jika kita duduk, aras padangan
           kumpulan sasaran. Lukisan teknik menunjukkan tentang bentuk, saiz atau skala,                                    aras mata kita memandang.                  mata akan menjadi rendah. Ini
           ruang dan spesifikasi sesuatu projek dalam bidang kejuruteraan.                                                                                             akan mengubah kedudukan
                                                                                                                                                                       garisan horizon.                               MODUL 3


             Lukisan Perspektif
    MODUL 3

           Lukisan perspektif menampilkan perbezaan dari segi saiz, warna dan jalinan
           sesuatu objek apabila berada jauh dari pandangan mata. Objek akan beransur
           mengecil apabila menghampiri garisan horizon secara ilusi.

                Perspektif ialah sistem untuk memastikan skala atau ukuran objek dari
           pelbagai sudut pandangan. Perspektif lukisan berada antara lukisan gaya
           bebas dengan lukisan teknikal. Lukisan perspektif mempamerkan aspek tiga
           dimensi (3D) objek dari sesuatu sudut.



                                                                                                                                           Foto jeti yang menunjukkan kedudukan garisan horizon


                                                                                                                         Titik Lenyap (TL)

                                                                                                                         Titik lenyap ialah satu titik yang terletak
                                                                                                                         pada garisan horizon.


                                                                                                                             Titik lenyap merupakan titik apabila
                                                                                                                         semua garisan yang digunakan untuk
                                                                                                                         melukis perspektif bertemu pada satu titik.                         TL

                                                                                                                             Titik ini akan mewujudkan ilusi
                                                                                                                         gambaran tiga dimensi (3D) dalam
                                                                                                                         sesebuah lukisan.




               NOTA GURU                                                                                                    NOTA GURU
        50    3.2.1     Guru menyatakan maksud lukisan teknik.                                                              3.1.3   Guru menyenaraikan media, proses, dan teknik dalam aktiviti lukisan.        51
              3.2.2    Guru menerangkan fungsi lukisan teknik.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63