Page 17 - Pendidikan Muzik Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 17

Kompang
                 Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan di
                 majlis-majlis  keraian  seperti  majlis  perkahwinan,  majlis  berkhatan  dan
                 majlis  perasmian.  Bahagian  kompang  terdiri  daripada  dua,  iaitu  baluh
                 dan belulang.


                 1  Baluh                                                       2  Belulang
                    Bahagian badan                                                 Bahagian muka
                    kompang yang                                                   kompang yang
                    diperbuat                                                      diperbuat daripada
                    daripada kayu.                                                 kulit kambing.




                 Gambar di bawah menunjukkan cara memegang kompang dengan betul.










                                                                                 Sedak
                                                    Bahagian depan               Rotan yang diletakkan
                                                                                 antara belulang
                                                                                 dan baluh untuk
                                                                                 menegangkan
                                                                                 permukaan kompang
                                                                                 bagi menghasilkan
                                                                                 ton yang lebih baik.




                                                   Bahagian belakang

                 Bunyi ‘bum’ dan ‘pak’ terhasil daripada dua cara paluan kompang yang berbeza.


                                                Bum Bum                          Pak  Pak











                         Jari dirapatkan dan dipalu            Jari dijarak atau dikembangkan dengan
                         pada bahagian tepi belulang.          memalu bahagian tengah belulang.

               8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22