Page 169 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 169
A. Lakonkan dialog di bawah.
Anuar dan Syamsul pergi ke karnival usahawan untuk mencari maklumat tentang
kasut manik. Semasa berada di sana, mereka bertemu dengan pengusaha
kasut manik yang berjaya, Puan Masni.
T T
E E
Anuar: Bagaimanakah puan mendapat idea untuk menghasilkan kasut M M
manik ini? A A
Puan Masni: Saya bermula dengan belajar membuat kasut manik sebagai
kerja sampingan di rumah. Kemudian, saya mendalami 8 8
cara-cara membuat sulaman kasut manik sebagai punca rezeki.
Syamsul: Kasut manik ini sangat cantik dan kemas.
Puan Masni: Terima kasih.
Anuar: Puan menjahit manik pada kasut sahaja?
Puan Masni: Tidak. Saya juga menjahit manik pada baju, tudung, skaf
dan dompet.
Anuar: Terima kasih Puan Masni kerana telah memberi
kami banyak maklumat.
Puan Masni: Sama-sama.
159
159

