Page 34 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 34
T T Perusahaan Otomobil Nasional
E E
M M Perusahaan Otomobil Nasional atau singkatannya Proton ialah syarikat pengeluar
A A kereta yang pertama di Malaysia. Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dan
2 2 beroperasi di Shah Alam, Selangor. Jadual 1 menunjukkan model kereta Proton
dalam industri automotif negara.
Kejayaan Proton menghasilkan model kereta berteknologi tinggi bukan
sahaja untuk pasaran tempatan tetapi telah berjaya memasarkan produk
pengeluarannya ke luar negara. Proton Iriz tampil dengan rekaan yang menawan,
teknologi yang penuh inovatif dan ciri-ciri kejuruteraan yang berkualiti tinggi. Kereta
ini dilengkapi dengan pelbagai elemen keselamatan yang sangat diperlukan
masa kini seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci
(ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman, Bantuan
Brek, Hill Hold Assist dan Sistem Amaran Tali Pinggang Keselamatan (SBR).
Sudah terang lagi bersuluh, produk buatan tempatan ini mendapat tempat
di hati warganegara asing. Mereka berpendapat bahawa kereta Proton ialah
kenderaan yang berkualiti dan selesa. Proton juga mempunyai prestasi yang
baik dan setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain.
Jadual 1: Model Kereta Proton dalam Industri Automotif Negara.
Tahun 1985 1992 1993 1994 2000 2004 2007 2011 2014 2017
Model Proton Proton Proton Proton Proton Proton Proton Proton Proton Proton
Saga Iswara Wira Satria Waja Gen-2 Persona Preve Iriz Ertiga
(Sumber: https.protoncar.wordpress.com)
Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
1. Bilakah syarikat Proton ditubuhkan?
2. Mengapakah warganegara asing tertarik untuk membeli kereta
keluaran Proton?
3. Berikan maksud ungkapan sudah terang lagi bersuluh.
4. Ciri-ciri keselamatan adalah antara kriteria pemilihan pembeli
kenderaan. Bincangkan.
24
24 Membaca untuk menjawab soalan daripada bahan bacaan.
2.1.4

