Page 49 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 49
A. Baca dan fahami dialog di bawah. Berikan pendapat anda tentang sukan
permotoran di Malaysia.
Haziq, Jia Sheng, Raj dan Zikri sedang berbincang tentang tugasan projek
buku skrap.
T T
E E
M M
A A
Haziq: Saya rasa kita perlu menambah maklumat tentang kereta nasional.
Mungkin ada lagi maklumat yang boleh kita masukkan dalam projek 2 2
buku skrap ini.
Raj: Saya rasa kita boleh masukkan sukan permotoran yang melibatkan
pelumba kereta negara. Saya terbaca tentang Alex Yoong dalam
majalah sukan.
Jia Sheng: Bolehkah kamu terangkan sedikit tentang maklumat tersebut? Saya
rasa, boleh kita berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan yang
lain nanti.
Raj: Alex Yoong ialah rakyat Malaysia pertama yang pernah beraksi
dalam sukan lumba kereta Formula 1. Beliau memulakan karier
sebagai pelumba kereta ketika berusia 16 tahun. Alex Yoong
memenangi perlumbaan pertamanya dalam pertandingan Formula
Asia International di Zhuhai, China pada tahun 1994.
Zikri: Ayah saya pernah bercerita tentang Karamjit Singh. Beliau ialah juara
dunia dalam sukan permotoran. Beliau menjadi juara kejohanan
Rally Asia Pasific (APRC) dan juara Kejohanan Rali Dunia bagi Kereta
Pengeluaran 2002 (PWRC). Beliau juga menjuarai Kejohanan Rali
Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.
Jia Sheng: Wah, hebatnya Karamjit Singh! Tidak sangka beliau pemandu
kereta bertaraf dunia.
Zikri: Bukan itu sahaja, lebih membanggakan rakyat Malaysia apabila
beliau memandu kereta nasional dalam setiap pertandingan yang
disertainya. Beliau pernah memandu Proton Wira 4WD dan kereta
Proton Satria Neo CPS R3.
Haziq: Wah, memang hebat! Saya pasti rakyat Malaysia sangat berbangga
dengan kejayaan beliau.
39
39

