Page 58 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 58

Kem Motivasi
                                         Kem Motivasi



             Pada hari Ahad yang lalu, Hanif pergi ke rumah Ikram. Hanif ingin
      T T    mengetahui pengalaman Ikram mengikuti kem motivasi.
      E E
      M M
      A A

             Hanif:
                      Apa khabar, Ikram?
     3 3     Ikram: Khabar baik, Hanif.

             Hanif:   Bagaimanakah kem motivasi dan waja diri minggu lepas, seronok?
             Ikram: Oh, memang menyeronokkan! Banyak pengalaman yang telah saya
                      peroleh ketika menyertai kem tersebut.
             Hanif:   Pada bulan hadapan, saya akan menyertai kem motivasi dan

                      waja diri di Lenggeng, Negeri Sembilan. Apakah persiapan yang
                      mesti saya buat?

             Ikram: Awak perlu membawa pakaian yang sesuai semasa menghadiri
                      seminar, solat dan beriadah.
             Hanif:   Selain pakaian, apakah lagi kelengkapan yang perlu saya bawa?
             Ikram: Bawa juga alat tulis, peralatan mandi dan selimut.
             Hanif:   Apakah perkara lain yang perlu saya ketahui sebelum pergi  ke kem
                      motivasi?

             Ikram: Keselamatan ialah perkara yang sangat penting. Ketika mengikuti
                      kem motivasi, perlulah sentiasa mematuhi arahan yang diberikan
                      oleh guru.
             Hanif:   Terima kasih, Ikram. Maklumat yang awak berikan banyak
                      membantu saya.
             Ikram: Sama-sama.









             Baca petikan di atas. Nyatakan kelebihan menyertai kem motivasi.


           48
           48                Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bacaan.
                     2.2.3
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63