Page 89 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 89
A. Nyanyikan dan fahami lagu.
Malam
Senandung Kasih
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa Pinggiran telah mengadakan Malam T T
E E
Senandung Kasih pada minggu lalu. Pelbagai aktiviti dan persembahan diadakan M M
pada malam itu. Sarah, Xe Yan dan Sharmila berbual-bual tentang aktiviti tersebut.
A A
Sarah: Xe Yan, saya amat tertarik mendengar lagu yang dipersembahkan
oleh kumpulan koir sekolah kita pada malam itu. 4 4
Xe Yan: Betul, Sarah. Lirik lagu itu amat menyentuh hati saya. Sharmila, awak
ada lirik lagu itu?
Sharmila: Ada, ini lirik lagu Dengarlah Rintihanku.
Dengarlah Rintihanku
Terima kasih ayah ibu
Dengarlah rasa rintihanku
Bukan kupinta hadirku
Lahirnya begini oh ... oh ...
Lahirnya begini.
Dengan wajah sayu dan sendu
Kau reda kehadiranku
Menjagaku tak kenal jemu
Kasih ayah ibu oh ... oh ...
Kasih ayah ibu.
Kau terima kekuranganku
Dan kau tak pernah mengeluh
Kerana kutahu akulah nyawamu oh ... selamanya
Tak tertanggung rasa rindu
Mendengar suaramu ibu
Tawa usikmu menggamitku
Dalam jiwaku oh ... oh ...
Dalam jiwaku.
IMBAS SAYA
79

