Page 124 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 124
Teknik Penghasilan Poster
Teknik Lukisan
Ciri-ciri:
Menggunakan media kering.
Alat dan bahan:
Pensel, pen, pensel warna, krayon, pastel, kertas
lukisan, dan lain-lain.
Teknik Catan
Ciri-ciri:
Menggunakan media basah.
Alat dan bahan:
Cat air, cat poster, cat akrilik,
cat minyak, berus lukisan, palet, kertas lukisan,
dan lain-lain.
Teknik Kolaj
Ciri-ciri:
Menggunakan teknik potong dan tampal
MODUL 4 daripada akhbar, majalah, dan sebagainya.
Alat dan bahan:
Pensel, pen, pensel warna, krayon, pastel,
kertas lukisan, dan lain-lain.
AMALKAN Teknik Cetakan
BERSENAM Ciri-ciri:
Menggunakan teknik cetakan daripada jenis cetakan
timbulan, benaman, planograf, stensil, dan juga
cetakan komputer.
Alat dan bahan:
Bergantung kepada jenis cetakan yang digunakan.
Teknik Campuran
Ciri-ciri:
Menggunakan aplikasi dari pelbagai teknik seperti
lukisan, catan, kolaj, dan cetakan.
Alat dan bahan:
Bergantung kepada teknik yang digunakan.
116

