Page 145 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 145
pewarna pewarna dalam bentuk serbuk halus, yang tidak larut, digunakan untuk
membuat cat, dakwat cetak, dan pelbagai barangan industri.
pisau palet pisau untuk memalit atau mengadun cat.
planografi proses mencetak dengan permukaan datar litografi.
reka bentuk poster gubahan dan bentuk kandungan poster yang mengutamakan
kejelasan dan keberkesanan mesej.
scumbling membubuh lapisan nipis warna legap atau separuh legap pada
permukaan lukisan cat minyak untuk mendapatkan kesan kusam dan bertekstur.
seni halus cabang dan karya seni yang mempunyai nilai keindahan dan
memberikan kepuasan cita rasa kepada peminatnya.
seramik seni membuat barang-barang atau hiasan daripada tanah liat.
stabail arca yang serupa dengan arca mobail tetapi tidak bergerak.
sutera saring proses mencetak yang melibatkan cat atau dakwat disaring ke atas
kertas atau tekstil melalui saring yang dibuat daripada sutera.
tanah liat bahantara untuk membuat seramik dan arca.
tembikar barang-barang seramik, khususnya yang diperbuat daripada tanah liat
berliang.
tipografi 1. kerja atau proses menyusun dan menyediakan bahan bertulis untuk
pencetakan; 2. gaya, bentuk susunan, dan rupa sesuatu bahan bercetak.
turpentin minyak pelarut yang tidak berwarna yang digunakan sebagai pencair cat
minyak.
ukiran bentuk seni yang dihasilkan melalui proses memotong, menggaris, menoreh,
dan sebagainya pada permukaan kayu atau batu.
137

