Page 21 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 21
Hasil Karya Penanda Buku Pamerkan
hasil karya kamu
kepada rakan-rakan
di hadapan kelas.
Minta pendapat
rakan-rakan berkenaan
hasil karya kamu itu.
Rumusan MODUL 1
Rupa wujud dalam penghasilan karya, terutamanya dalam bidang
komunikasi visual dan penghasilan bentuk. Rupa juga terdapat dalam
objek buatan manusia, seperti corak jubin dan corak kain.
Bagaimanakah corak dapat
dihasilkan daripada sesuatu rupa?
ASAS KEUSAHAWANAN
Terdapat pelbagai jenis rupa, bentuk, saiz, dan
rekaan penanda buku yang boleh dihasilkan.
Penanda buku yang kreatif dan cantik dapat
menarik perhatian pembeli.
13

