Page 7 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 7
PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual (Pendidikan Khas) Tingkatan 2 merupakan buku
teks yang dihasilkan berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) dan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 yang disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kandungan buku ini meliputi enam modul, iaitu:
Modul 1 : Unsur Seni
Modul 2: Prinsip Rekaan
Modul 3: Seni Halus
Modul 4: Komunikasi Visual
Modul 5: Kraf Tradisional
Modul 6: Folio
Buku ini menerapkan pelbagai pendekatan pembelajaran yang sesuai
dengan keperluan semasa menerusi Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
Antaranya seperti Nilai Murni, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Buku ini disediakan sebagai panduan Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Guru boleh mengubah suai atau membina modul yang bersesuaian mengikut
keperluan MBK. Langkah-langkah penghasilan karya dipaparkan secara
terperinci supaya mudah untuk dirujuk dan digunakan oleh murid dan guru.
Buku ini diharap mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan wawasan negara. Selain itu, buku ini juga diharap dapat melahirkan
MBK yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang seni visual bagi
menyumbang pada pembangunan diri, masyarakat, dan ekonomi negara.
v

