Page 70 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 70
Hasil Karya Ilustrasi Kulit Buku Pamerkan
hasil karya kamu
kepada rakan-rakan
di hadapan kelas.
Minta pendapat
rakan-rakan berkenaan
hasil karya kamu itu.
MODUL 2 Rumusan
Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan unsur seni dan idea yang pelbagai
dalam penghasilan sesebuah karya. Penggunaan pelbagai jenis garisan misalnya,
dapat mewujudkan prinsip kepelbagaian. Prinsip kepelbagaian akan mewujudkan
kesan yang menarik dalam sesebuah karya.
INFO
Kepelbagaian jenis rupa motif, jalinan,
warna, dan corak dalam penghasilan
kraf tangan dapat menimbulkan nilai
estetik yang tinggi.
Apakah kepelbagaian unsur seni yang terdapat
pada kolam dalam gambar?
NOTA GURU
c Guru meminta agar murid menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan.
62 c Guru menerangkan maksud kolam.

