Page 131 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 131

Membaca
                           Membaca











                                        Laman Sosial
                                        Laman
                                                          Sosial
                                                                                                     TEMA
                                                                                                     T EM A
              Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular.                    8 8
              Antara laman sosial yang popular, termasuklah Facebook, Instagram dan
              Twitter.  Laman sosial merupakan medium perhubungan dan penyebaran
              maklumat. Laman sosial juga menjadi tarikan segenap masyarakat khususnya
              golongan  remaja.  Remaja  kini  telah  menggunakan  laman  sosial  untuk
              berinteraksi dengan orang lain.
                 Sebagaimana yang kita ketahui, banyak kebaikan menggunakan laman
              sosial, termasuklah dapat menambah kenalan, mempromosikan sesuatu
              produk, mudah menyebarkan maklumat dan perkongsian ilmu. Selain itu,
              laman sosial memudahkan murid mendapatkan maklumat berkaitan dengan
              apa-apa sahaja tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini menjadi mudah
              kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga.
                 Namun begitu, penggunaan laman sosial yang tidak berhemah
              menyebabkan  pengguna mudah  tertipu seperti  penipuan wang  ringgit,
              produk tiruan, penyamaran, fitnah dan lain-lain. Kepelbagaian aplikasi yang
              menarik seperti permainan dalam talian menyebabkan pengguna berasa
              seronok dan leka. Oleh sebab itu, pengguna haruslah bijak menggunakan
              laman sosial bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif.












                            Aktiviti
                            Aktiviti

             1. Bagaimanakah laman sosial ini dapat membantu anda dalam pembelajaran?
             2. Bagaimanakah anda mengelakkan perkara negatif dalam laman sosial?
               Jelaskan.


                                                                                                  121
                       2.1.4  Membaca dan menjawab soalan daripada bahan bacaan.                  121
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136