Page 142 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 142

Membaca
                          Membaca



                Hentikan P                en    ularan Berita Palsu
                Hentikan Penularan Berita Palsu




           Setiap hari, Saliha melayari laman
   TEMA    sosial menggunakan telefon bimbit
    EM
        A
   T
     8 8   atau komputer ribanya. Saliha ingin
           mengetahui perkembangan terkini
           saudara-mara dan sahabat handai
           yang  tinggal  berjauhan.  Selain  itu,
           Saliha juga mempromosikan produk
           jualan ibunya dalam laman sosial.
           Saliha juga menggunakan medium
           tersebut bagi mendapatkan maklumat
           isu semasa sama ada di dalam atau
           di luar negara.
               Pada suatu hari, ketika Saliha
           melayari laman sosial tersebut, dia terlihat status berunsur fitnah yang
           ditujukan kepadanya oleh seseorang yang tidak dikenali. Individu berkenaan
           menyebarkan fitnah yang boleh menjejaskan imej dan maruah dirinya.
               Saliha menghubungi individu berkenaan. Saliha meminta agar individu itu
           memadamkan penyebaran fitnah tersebut. Jika status fitnah itu belum dipadam,
           Saliha akan membuat laporan polis. Selepas beberapa jam, Saliha mendapati
           status tersebut telah dipadam oleh si pelaku.
               Kisah tersebut ialah sebahagian daripada penyebaran mesej dan berita
           palsu dalam laman sosial yang semakin berleluasa. Sekiranya situasi ini tidak
           dibendung, dikhuatiri akan mengancam keamanan dan keselamatan negara
           pada masa hadapan.




                           Aktiviti
                           Aktiviti

           1. Mengapakah Saliha selalu melayari laman sosial?
           2. Apakah perkara yang menimpa Saliha?
           3. Bagaimanakah Saliha menghentikan penularan fitnah tersebut?


          132
          132              2.1.4  Membaca dan menjawab soalan daripada bahan bacaan.
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147