Page 17 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 17
UNIT 2 Mengurus Emosi
Mendengar dan Bertutur
Mendengar dan Bertutur
eputusan
Membuat K
Membuat Keputusan
A
EM
TEMA
T
Adeen: Saya telah mendapat tawaran ke Pusat GIATMARA. Saya sangat
berminat untuk mengikuti bidang teknologi automotif. 1 1
Hanif: Tahniah, Adeen. Teknologi automotif sangat penting dan diperlukan
pada masa ini.
Adeen: Saya berasa risau sebab saya belum bersedia untuk meninggalkan
keluarga. Saya terpaksa hidup berdikari di tempat baharu.
Hanif: Kamu tidak perlu risau, Adeen. Ibu bapa kamu boleh datang dan
menjenguk kamu semasa di sana. Apabila cuti, kamu juga boleh
balik ke rumah.
Adeen: Betul juga cakap kamu.
Aktiviti
Aktiviti
1. Apakah nasihat Hanif kepada Adeen?
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu membuat keputusan sendiri
tentang kerjaya yang dipilih?
1.1.2 Mendengar atau melihat dan memberi maklum balas terhadap 7 7
maklumat yang diterima.

