Page 184 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 184

resume   1. ringkasan (ikhtisar).
                 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya
                 dan sebagainya, biasanya disertakan untuk memohon sesuatu pekerjaan.

             simptom   gejala penyakit
             spesifikasi   butiran terperinci yang ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian
                 (tentang sesuatu).
             status   taraf atau kedudukan (negara, orang dan lain-lain).
             stres   keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
             swafoto   mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan kamera telefon
                 pintar atau kamera digital.


              toleransi   sikap dapat menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan
                 orang lain.
             tular   1. berjangkit atau merebak (tentang penyakit atau benih penyakit).
                 2. merebak ke merata-rata (tentang sesuatu yang kurang baik).
             tutorial   kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor.


             wetland   tanah lembap.













































           174
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188