Page 40 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 40

Membaca
                          Membaca




           Sejernih Kasih Ibu
           Sejernih Kasih Ibu




            Terdengar batuk yang agak kuat dari arah dapur. Ternyata batuk itu datangnya
   T
   TEMA     daripada ibu. Ibu menjerang air untuk membancuh minuman.
        A
    EM
     2 2        “Malik, Adam, mari kita sarapan bersama-sama.” Ibu dengan suara yang
            lemah memanggil kami.
                Menu sarapan kami ialah air teh dan biskut. Aku berasa bersyukur kerana
            walaupun dalam keadaan yang  susah, kami mampu juga mengisi perut kosong.
            Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
                Tepat pukul 7:30 pagi, Cikgu Hairul masuk ke dalam kelas. Setelah memberi
            salam dan bertanya khabar murid-muridnya, Cikgu Hairul memulakan pelajaran.
                “Hari ini kita akan berbincang tentang pengorbanan seorang ibu,” kata Cikgu
            Hairul dengan nada yang lembut.
                “Malik, sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita tentang pengorbanan
            seorang ibu.” Aku bingkas bangun lalu menuju ke hadapan.
                “Rakan-rakan, saya sangat bertuah mempunyai ibu yang penyayang. Beliau
            sangat prihatin terhadap pendidikan walaupun kami hidup dalam keadaan
            yang daif. Ibu mencuba sedaya upayanya untuk memenuhi keperluan kami.
            Ibu mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dalam satu masa. Saya
            bangga menjadi anaknya.” Jelasku panjang lebar kepada kawan-kawanku.
            Tanpa aku sedari air mataku mula bergenang.


            Kring … kring …


            Deringan telefon menghentikan lamunan Malik.





                           Aktiviti
                           Aktiviti

           1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
           2. Berikan maksud ungkapan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
              makan petang.


          30
          30              2.1.2  Membaca untuk memahami maksud perkataan, rangkai kata, istilah,
                                    ungkapan dan ayat.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45