Page 74 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 74

Membaca
                          Membaca


           Mekanik OKU Penglihatan
           Mekanik OKU Penglihatan


            Azhar bin Ibrahim ialah mekanik motosikal OKU penglihatan.
            Walaupun cacat penglihatan, anak muda ini mempunyai
            bengkel membaiki motosikal. Bengkel Azhar terletak di Batu 6,
   TEMA
   T EM A   Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.
     4 4        Pada awalnya, Azhar mahu menjadikan kebolehan
            mengurut sebagai punca pendapatan. Walau bagaimanapun, hasrat itu
            tidak kesampaian kerana beliau tidak mendapat bantuan kewangan. Azhar
            tidak pernah berputus asa. Beliau membuat keputusan untuk mempelajari
            kemahiran membaiki motosikal.
                Meskipun kekurangan pada penglihatan, namun Azhar menggunakan
            kelebihan pancaindera lain untuk mencari peluang meningkatkan taraf hidup.
            Menurut Azhar, tangannya digunakan untuk melihat. Apabila beliau menyentuh
            bahagian motosikal, beliau dapat membezakan skru, kotak silinder dan
            bahagian-bahagian lain. Beliau dapat mengesan kerosakan sesebuah motosikal
            hanya dengan mendengar bunyi enjin.
                Azhar tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang automotif.
            Sebaliknya, ilmu membaiki motosikal dipelajari daripada seorang rakan
            yang bekerja sebagai mekanik. Beliau mengimbas kembali pengalaman
            yang lalu. Ketika itu, beliau diminta membuka komponen motosikal yang
            rosak. Kemudian, dengan bantuan rakannya, beliau mencantumkan
            semula  komponen  tersebut.  Dalam  tempoh  sebulan,  dua  buah  motosikal
            berjaya dibaiki.
                Kejayaan Azhar dalam bidang yang diceburinya telah membuka mata
            banyak pihak untuk menghulurkan bantuan. Beliau mendapat sumbangan
            sebanyak  RM5000.00  daripada  kerajaan  negeri.  Beliau  juga  menerima
            geran  kewangan  sebanyak  RM11000.00  di  bawah  Skim  Bantuan  Galakan
            Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU). Bantuan yang diterima
            membolehkannya menaik taraf bengkel dan membeli lebih banyak peralatan
            untuk bengkel motosikalnya.

                           Aktiviti
                           Aktiviti
                                                                                       IMBAS SAYA
           1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Azhar untuk berjaya dalam
              bidang yang diceburinya?
           2. Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?



          64
          64               2.1.1  Membaca secara mekanis atau berisyarat.
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79