Page 5 - Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 5
Pendahuluan
Pendahuluan
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya buku ini dapat diterbitkan selaras
dengan hasrat dan objektif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para
pendidik khususnya guru-guru pendidikan khas sangat mengharapkan buku teks ini
dapat menjadi panduan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
holistik.
Buku ini dibina berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (KSSMPK) Tingkatan Dua yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM. Kandungan dan persembahan yang dihasilkan dalam buku ini
adalah sesuai dan sangat bertepatan dengan kurikulum bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Buku teks ini meliputi bidang Tilawah al-Quran, Hafazan, Ayat Kefahaman, Hadis,
Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Bidang-bidang ini bersepadu antara ilmu, kemahiran
dan penghayatan dalam Islam bagi tujuan pembentukan insan yang kamil.
Unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dimasukkan dalam
kandungan tertentu bertujuan untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis, juga
melatih murid menggunakan ilmu pengetahuan sedia ada secara optimum. Pelbagai
aktiviti disediakan dalam buku ini adalah untuk merangsang minda yang aktif dan
kreatif untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kandungan yang dipelajari.
v
Prelim2.indd 5 10/13/17 4:26 PM

