Page 61 - Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 61
Baca dan hayati.
Tayamum disyariatkan untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib bagi
membolehkan seseorang melakukan ibadah seperti solat, tawaf dan beriktikaf
di dalam masjid.
Rukun Tayamum
i. Menyapu debu tanah ke muka berserta niat:
Sahaja aku bertayamum bagi mengharuskan
solat kerana Allah Taala.
ii. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah
tangan hingga siku.
iii. Tertib.
Syarat tayamum:
i. Telah masuk waktu solat
ii. Cari air selepas masuk waktu solat
iii. Menghilangkan najis terlebih dahulu
iv. Menggunakan debu tanah yang tidak bercampur
dengan bahan lain seperti tepung atau kapur
v. Tentukan arah kiblat sebelum bertayamum
6.2.2 • Bincangkan syarat tayamum dengan murid.
55
6.2.3 Nota 55
Guru • Tunjukkan cara bertayamum dengan betul.
UNIT 10.indd 55 10/13/17 3:37 PM

