Page 95 - Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 95

GLOSARI





                     ain  dapat dilihat dengan mata kasar.

                     air mutlak  air yang suci dan dapat menyucikan.

                     hijrah  perpindahan  Nabi  Muhammad  SAW  dan  umat  Islam  dari  Mekah  ke
                          Madinah.

                     iktikaf  duduk di dalam masjid untuk mengingati Allah SWT.

                     integriti  kejujuran.
                     kamil  sempurna atau lengkap.

                     khalifah  pengganti kepada Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama
                          atau raja yang memerintah di beberapa buah negara Islam.
                     kudrat  kuasa (Allah SWT).

                     riyak  sifat  atau  sikap  suka  menunjuk-nunjukkan  amal  ibadah  atau  sesuatu
                          kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang
                          lain, bukan kerana Allah SWT.
                     ringan tulang  rajin bekerja.

                     syumul  bersifat menyeluruh dan sempurna.

                     taharah  menurut bahasa bermaksud bersih atau suci, manakala dari segi istilah
                          pula ialah perbuatan menyucikan badan, pakaian dan tempat daripada
                          hadas dan najis dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

                     tawaf  berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa.

                     talaqqi dan musyafahah  murid berjumpa atau berhadapan dengan guru dan
                          belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan
                          makhraj yang betul.

                     ujub   kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak atau ego.

                     wahyu  firman atau kalam Allah SWT yang dibacakan kepada nabi dan rasul
                          melalui perantaraan malaikat.











                                                                                                          89
                                                                                                          89





            UNIT 15.indd   89                                                                              10/13/17   4:08 PM
   90   91   92   93   94   95   96