Page 69 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 69
Kepelbagaian merujuk
kepada penggunaan unsur
seni, prinsip rekaan dan
juga idea yang pelbagai
dalam sesuatu gubahan.
Imbangan merujuk kepada
sesuatu yang seimbang dari
segi gubahan, berat, tarikan dan
tumpuan yang terdapat di dalam
sesuatu susunan unsur seni.
Kesatuan merujuk kepada
satu susunan yang
mempunyai tema dan idea
yang sama.
Irama dan pergerakan
merupakan keadaan sesuatu
objek yang tampak bergerak,
bergoyang, bergetar, bergegar,
berayun dan bersinar.
63

