Page 91 - PENGURUSAN DIRI Ting 1 KSSMPK KS
P. 91

TAJUK
                 1       MEMANFAATKAN KESEDARAN DIRI




                 KENALI MINAT, POTENSI DAN MATLAMAT DIRI





                                                    Catatan Diari Rovita

                                   Nama saya Rovita Jinolis. Saya belajar di SMK Kolombong,
                                   Sabah. Saya meminati bidang perkhidmatan seperti kedai
                                   dobi. Saya bercita-cita untuk memiliki dan membuka
                                   sebuah kedai dobi di kawasan tempat tinggal saya. Guru
                                   menyokong hasrat saya. Guru dan rakan-rakan mengajar
                                   saya cara mendobi baju.

                                   Kami diajar cara mengambil pesanan, mempromosi dan
                                   membuat akaun hasil daripada jualan. Pihak sekolah
                                   membantu menyediakan mesin basuh yang sesuai untuk
                                   kami. Terima kasih kepada guru dan pihak sekolah yang
                                   membantu saya mencapai cita-cita saya.


                 Dengan merujuk catatan diari Rovita, jawab semua soalan di bawah.


                    Bil                        Perkara                               Jawapan
                     1   Apakah minat Rovita?

                     2   Bagaimana Rovita memenuhi minat tersebut?

                     3   Apakah cita-cita Rovita?


                     4   Siapakah mentor Rovita dalam memenuhi impiannya?

                     5   Apakah yang diajari oleh mentor kepada Rovita?


                     6   Siapakah yang membantu Rovita untuk mencapai
                         matlamatnya?



                             Berdasarkan catatan diari Rovita, tuliskan catatan diri anda dengan
                             berpandukan soalan di atas.


                             •  Bersoal jawab bersama murid sambil memberi saranan dan cadangan   3.1.1
               80     NOTA     tentang diri, potensi dan matlamat diri.
                      GURU
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96