Page 99 - PENGURUSAN DIRI Ting 1 KSSMPK KS
P. 99

AGENSI YANG MEMBANTU DALAM MEMPERJUANGKAN HAK SEBAGAI INDIVIDU,
                 HAK SEBAGAI PENGGUNA DAN HAK SEBAGAI PEKERJA

                     Individu
                  •  Biro Bantuan Guaman: Memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada
                    golongan miskin.

                  •  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional: Mendidik masyarakat agar
                    mengenali dan menghormati hak rakyat.

                  •  Jabatan Kebajikan Masyarakat: Melindungi hak wanita, hak warga emas,
                    hak kanak-kanak dan hak Orang Kelainan Upaya (OKU).

                  •  Jabatan Kemajuan Orang Asli: Memperjuangkan hak dan membangunkan orang
                    asli secara menyeluruh yang melibatkan sosioekonomi, pendidikan, `kesihatan dan
                    pembangunan modal insan.
                     Pengguna

                  •  Persatuan Pengguna: Menyebarkan maklumat kepada pengguna dan memberi
                      pendidikan melalui hebahan atau majalah kepada pengguna.

                  •  Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional: Membantu pengguna menyelesaikan
                      masalah dan menjadi orang tengah antara pengguna dan peniaga.
                  •  Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia: Menjadi alternatif kepada pengguna untuk
                      memfailkan tuntutan ganti rugi dan pampasan terhadap peniaga secara atas talian.

                  •  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia: Membantu pengguna membuat
                      aduan berkaitan sektor komunikasi, Internet, pos dan persijilan digital.

                     Pekerja

                   •  Kesatuan Sekerja: Menjaga dan memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
                       Mewujudkan saluran perhubungan antara majikan dan pekerja.

                   •  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): Mengemas kini dan melaksanakan
                       dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja
                       yang cekap, produktif dan berdisiplin.




                         Murid melayari Internet bagi mencari maklumat tentang agensi lain
                         yang membantu dalam memperjuangkan hak sebagai individu,
                         pengguna dan pekerja.




                             •  Guru menerangkan agensi yang terlibat dalam membantu menuntut hak.  3.2.4
               88     NOTA
                      GURU
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104