Page 53 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 53
Penternakan Burung Layang-layang Gua
Baca dan fahami petikan di bawah.
Tahukah kamu burung layang-layang gua? Burung layang-layang gua ialah
spesies burung yang berhabitat di dalam gua. Burung ini akan membina
sarang di dinding-dinding gua. Sarangnya dibina dengan menggunakan air
liurnya. Burung ini membiak dengan cara bertelur. Dua biji telur dihasilkan setiap
musim. Burung ini mengambil masa selama 23 hingga 28 hari untuk mengeram
telurnya. Jangka hayat burung ini adalah dalam lingkungan 15 tahun. Selepas
tiga hingga empat bulan burung
bertelur dan menetas, sarang burung
ini sudah boleh dituai. Sarang burung
layang-layang gua sangat berkhasiat
kepada manusia.
Oleh sebab itu, sarang burung ini
mendapat permintaan yang sangat
tinggi daripada penggemarnya. Hal ini
3 menyebabkan pengusaha membina
bangunan-bangunan batu yang
mempunyai persamaan dengan gua.
Kebiasaannya, bangunan ini dibina
di kawasan bendang atau di ladang
kelapa sawit. Bagi menarik perhatian
burung ini untuk membuat sarang,
pita rakaman bunyi burung akan
dimainkan. Sarang burung layang-
layang gua disahkan sebagai bersih
dan selamat untuk dimakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aktiviti
1. Bagaimanakah sarang burung layang-layang gua dihasilkan?
2. Mengapakah bangunan batu buatan dibina di kawasan yang jauh daripada
kawasan penempatan manusia?
• Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Menghargai, Kesungguhan
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan, Sains dan Teknologi
44 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 3.indd 44 10/17/16 3:50 PM

