Page 144 - Pendidikan Islam Ting 4 KSSMPK KS
P. 144
Baca dan contohi.
Peranan Sayidatina Khadijah binti Khuwailid
Isteri yang berani,
sabar dan tabah
l Menyediakan dan menghantar bekalan
makanan kepada Rasulullah SAW sewaktu
sirah di Gua Hira’.
l Sabar menghadapi pemulauan dan sekatan
ekonomi kafir Quraisy terhadap keluarga
Bani Hasyim dan golongan Muslimin.
Isteri yang dermawan
Membelanjakan semua hartanya
untuk membantu Rasulullah SAW
memperjuangkan Islam.
Teman yang setia
l Memberikan dorongan dan semangat
yang kuat kepada Rasulullah SAW
menyebarkan syiar Islam.
l Sentiasa bersama-sama dengan
Rasulullah SAW sewaktu susah
dan senang.
Penghibur ketika dukalara
l Membawa baginda Rasulullah SAW
berjumpa dengan Waraqah bin Naufal
selepas baginda menerima wahyu
di Gua Hirak’.
l Menenangkan Rasulullah SAW ketika
menghadapi tekanan dan hinaan
daripada orang-orang Quraisy.
138
l Minta murid mendapatkan maklumat tambahan daripada 7.1.3
pelbagai sumber.

