Page 118 - BUKU PENGURUSAN SKK 2021 NEW
P. 118

Sekolah Kebangsaan Kopok 2021
                                                                                                Transformasi 25 – ts25
                                        PERANAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

                                      Waktu Bertugas Sesi Pagi : 7.00 PAGI - 1.40 PETANG

                                Waktu Bertugas Sesi Petang : 12.00 TENGAH HARI  - 6.10 PETANG

              Guru-guru  yang  bertugas  pada  hari tersebut  hendaklah  datang  sebelum  pukul  6.50  pagi  /11.50  pagi  untuk
              memantau murid-murid yang datang ke sekolah pada waktu pagi. Sila beri perhatian terhadap perkara-perkara
              berikut :
                    a)   Pakaian seragam murid lengkap dan kemas
                    b)   Buat rondaan di kawasan blok kelas, tandas murid, bengkel, makmal, dan kantin, dan dari masa

                         ke semasa lakukan pemeriksaan mengejut terhadap beg sekolah murid.
                    c)   Mengamalkan konsep sekolah penyayang – mengalu-alukan kehadiran murid dengan ucapan dan
                         perbuatan bersalaman.

              1.    Waktu Murid Datang
                    a)   Memastikan murid datang ke sekolah dan masuk melalui pagar utama.
                    b)   Memastikan tiada murid yang keluar semula dari sekolah.

                    c)   Memastikan perjalanan trafik di hadapan pintu pagar utama berjalan dengan lancar.
                    d)   Memastikan tiada kenderaan yang diletakkan di hadapan pintu pagar utama.

              2.    Perhimpunan Pagi:
                    a)   Menguruskan perjalanan perhimpunan pagi sebelum naik ke kelas berjalan dengan lancar.
                    b)   Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan. Tindakan segera perlu diambil jika

                         terdapat  murid  yang  ponteng  perhimpunan  –  maklumkan  kepada  guru  kelas,  guru  disiplin,  PK
                         HEM dan ibu bapa murid.
                    c)   Memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas.
                    d)   Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakann.
                    e)   Memastikan tempat duduk guru disediakan pada perhimpunan rasmi mingguan (Isnin)
                    f)   Memberikan motivasi atau peringatan kepada murid-murid.


              3.    Waktu Rehat
                    a)   Mengawasi disiplin murid dengan membuat rondaan di kawasan sekolah termasuk tandas murid,
                         bengkel, makmal, kantin dan kelas.
                    b)   Memastikan  murid  beratur  dengan  kemas  masuk  ke  kelas  dan  menepati  waktu  selepas  tamat
                         waktu rehat.
                    c)   Membantu  menguruskan  murid  yang  menerima  RMT  dan  memaklumkan  menu  RMT  kepada

                         penyelaras RMT
                    d)   Menyampaikan ucapan / ingatan / pengumuman




                                                              117
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123