Page 153 - BUKU PENGURUSAN SKK 2021 NEW
P. 153

Sekolah Kebangsaan Kopok 2021
                                                                                                Transformasi 25 – ts25

              Penolong Setiausaha
                  a.  Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
                  b.  Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
                  c.  Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  Guru  Penasihat  dari  masa  ke
                      semasa.

              Bendahari
                  a.  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
                  b.  Membuat  dan  menyimpan  kira-kira  berkenaan  semua  perkara  kewangan  dan
                      bertanggungjawab di atas kesahihannya.
                  c.  Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
                  d.  Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta  di  dalam  mesyuarat  ahli
                      jawatankuasa.
                  e.  Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
                      Agung.
                  f.  Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  Guru  Penasihat  dari  masa  ke
                      semasa.

              Penolong Bendahari
                  a.  Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
                  b.  Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  Guru  Penasihat  dari  masa  ke

                      semasa.

              Ahli Jawatankuasa
                  a.  Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
                  b.  Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
                  c.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari    masa ke
                      semasa

              Pemeriksa Kira-Kira
                  a.  Memeriksa,  menyemak  serta  mengesahkan  Laporan  Kewangan  tahunan  dan
                      bertangungjawab ke atasnya.
                  b.  Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.











                                                              152
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158