Page 3 - Buku Laporan konvensyen AMANAH NEGERI PERAK 2022
P. 3

SETINTA BICARA
                                                                      PENGERUSI AMANAH NEGERI


                       “Kecelakaan  besar  bagi  orang  yang  menulis  Kitab  Taurat  dengan  tangan
                       mereka  (lalu  mengubah  Kalam  Allah  dengan  rekaan-rekaan  mereka),
                       kemudian mereka berkata: ‘Ini adalah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan
                       perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan
                       besar  bagi  mereka  disebabkan  apa  yang  ditulis  oleh  tangan  mereka,  dan
                       kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”

                                                                        (Surah Al-Baqarah 2, Ayat 79)

                                            Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh,

                                            Mewakili  warga  AMANAH  Negeri  Perak,  saya  merasa
                                            amat  bertuah  dan  menzahirkan  kesyukuran  ke  hadrat
                                            Allah  swt  kerana  dengan  izinNya  telah  membolehkan
                                            AMANAH  Negeri  Perak  mengadakan  konvensyennya
                                            yang ke-7 pada kali ini sejak ia ditubuhkan kira-kira 8 tahun
                                            yang lalu. Banyak cabaran yang terpaksa diharungi dalam
                                            tempoh  tersebut  namun  ia  telah  menjadikan  AMANAH
                                            Negeri  Perak  lebih  matang  dalam  mengharungi  liku-liku
                                            perjuangan yang lebih mencabar di masa kini dan masa
                                            yang akan datang dengan penuh dedikasi.

               Tema  “Terus  Menggalas  Amanah”  sekali lagi dipilih  dan ianya  merupakan  tugas
               yang besar dan tanggungjawab yang berat yang terpaksa dipikul oleh semua warga
               AMANAH untuk merealisaikan harapan rakyat membina tekad untuk mengembalikan
               pemerintahan di Negeri Perak menjelang PRU-15 ini.

               Saya mengharapkan Konvensyen ini akan menghasilkan satu natijah yang mantap
               dan  sebagai  satu  suntikan  semangat  perjuangan  yang  lebih  ikhlas,  komited  dan
               berstrategi  dalam  melaksanakan   agenda perjuangan  parti ini   demi  rakyat  negeri
               Perak.

               Akhirnya,  saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  tahniah  dan
               jazakallahu khairan jaza’ kepada semua petugas, ahli, penyokong dan semua pihak
               di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Konvensyen
               Negeri Perak 2022 kali ini.

               Salam perjuangan.


               DATO’ YB HAJI ASMUNI BIN AWI






                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8