Page 140 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 140
Tatabahasa
Kuasa Magnet
Sejak pagi, ibu Farisha masih mencari sebatang jarum yang terjatuh di atas
permaidani. Farisha membantu ibunya.
1. Puan Faezah mencari sebatang jarum yang
tercicir di atas permaidani.
2. Farisha mencari sebatang jarum yang tercicir
di atas permaidani. (dan)
Ayat majmuk peluasan subjek:
Puan Faezah dan Farisha mencari sebatang
jarum yang tercicir di atas permaidani.
1. Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu.
2. Puan Faezah mencari jarum itu dengan kanta
pembesar. (walaupun)
Ayat majmuk peluasan predikat:
Puan Faezah masih gagal menjumpai jarum itu,
walaupun beliau mencarinya dengan kanta pembesar.
1. Farisha teringat akan manfaat kuasa magnet.
2. Farisha baru belajar tentang magnet. (yang)
Ayat majmuk peluasan subjek:
1. Farisha menjelaskan sesuatu.
2. Jarum itu boleh dijumpai dengan menggunakan magnet
yang dilekatkan pada kereta kawalan jauh. (bahawa)
Ayat majmuk peluasan predikat:
Munsyi Cilik
Ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat terdiri
daripada ayat-ayat yang mengalami peluasan dengan unsur
Aktiviti kata hubung gabungan, relatif, komplemen dan keterangan
Membina ayat majmuk dengan pada subjek dan predikat ayat.
peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat-ayat yang diberikan.
• Bimbing murid memahami dan membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat
Nota
Guru mengikut konteks.
126 5.3.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
KPM EMK: Sains dan Teknologi

