Page 211 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 211

UNIT 26           Dahulukan yang Utama



                  Mendengar dan Bertutur
                                          Sahabat Inspirasiku

             Rakan Afifi, Aiman, dianugerahi Tokoh Murid Inspirasi SK Seri Damai. Kejayaan
             itu dikongsikan melalui penulisan dan pautan video dalam buletin sekolah.

                                                             Edisi 5 •  Mei
              BULETIN                    SK SERI DAMAI

                           SK SERI DAMAI  B E R I L M U  B E R B A K T I
               Tokoh Murid Inspirasi

                  malan kebiasaan baharu oleh Aiman Hamidon semasa
              Atempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat
              penularan wabak COVID-19 memberikan inspirasi kepada
              murid lain.
                  Dia sangat mengutamakan kesihatan dan keselamatan
              diri. Dia mematuhi saranan kerajaan untuk terus kekal
              di rumah dan mengamalkan kebersihan diri.
                  Aiman juga tidak mengabaikan pembelajaran. Dia
              mematuhi jadual pembelajaran secara dalam talian oleh
              gurunya. Dia turut membantu rakannya yang tiada
              kemudahan Internet.
                  Dia juga amat prihatin akan keluarga yang terjejas
              akibat PKP. Dia membantu ibu bapanya membungkus
              barangan makanan untuk diagihkan kepada golongan
              yang memerlukan.

              Asmina, mahukah
              kamu mendengar                          Ya, abang.
              kisah inspirasi                         Ceritalah, adik
              seorang murid?                          tidak sabar ingin
                                                      mendengarnya.









                   Aktiviti
             Menceritakan kisah yang didengar, ditonton dan dibaca.

                      • Bimbing murid menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca
               Nota
               Guru    dengan sebutan dan intonasi serta gaya yang sesuai.
               1.3.2    Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik   KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai  197
                        EMK: Nilai Murni – Prihatin
                                                                                                KPM
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216