Page 52 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 52

Membaca
                                          Cerialah Sahabatku
           Dayang murid dari Sarawak. Dia mengikuti keluarganya berpindah

           ke Melaka. Dayang bersekolah di SK Seri Makmur. Dayang di kelas yang
           sama dengan Farisha, Shu Fen dan Rubini.
                Semenjak berpindah ke Melaka, Dayang tidak banyak bercakap. Dia
           lebih suka menyendiri, walaupun sudah dua bulan dia di sekolah baharu.

           Pada suatu hari, Farisha melihat Dayang termenung di bawah sebatang
                                               pokok di sekolahnya. Dia bersendirian.
                                                    “Selamat pagi, Dayang. Bolehkah saya
                                               duduk di sebelah kamu?” tanya Farisha.
                                               Dayang mengangguk.

                                                    “Mengapakah kamu termenung,
                                               Dayang?” tanya Farisha.
                                                    Pada mulanya, Dayang enggan
                                               bercerita tentang masalahnya tetapi Farisha

                                               memujuknya. Dayang memberitahu
                                               bahawa dia tidak dapat menyesuaikan
                                               dirinya dengan persekitaran dan
                                               rakan-rakan yang baharu. Dia berasa
           terasing sebab budaya di sini sangat berbeza. Ayahnya pula telah

           dipanggil ke sekolah kerana prestasi pelajaran Dayang telah merosot
           lantaran tumpuannya di dalam kelas hilang.
                Farisha cuba menenangkan Dayang setelah melihatnya muram.
           Dia membawa Dayang berjumpa dengan Cikgu Julia. Menurut Cikgu Julia,
           Dayang kesunyian. Jika dibiarkan, kesihatan Dayang akan terjejas dan

           dia mungkin mengalami kemurungan. Farisha ingin membantu Dayang
           ceria kembali. Dia mencari maklumat tentang
           kemurungan kanak-kanak.
            i    Kemurungan



            Kemurungan ialah gangguan perasaan atau emosi.
            Tanda-tanda kemurungan:
            • tidak cergas                        • menyendiri
            • sedih yang berterusan      • tiada keyakinan


           38         (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada portal MyHealth)
          KPM
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57