Page 243 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 243

JURULATIH






             E2 PELAKSANAAN


                                        ASPEK A2.1: PENGURUSAN LATIHAN/ AKTIVIT
                                                           HURAIAN

              •   Menyelaras semua program latihan/ aktiviti secara tersusun dan sistematik.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk memastikan keselamatan tempat latihan/ aktiviti (kawasan/ ruang/ grid)
              -  membuat pemeriksaan, penyesuaian tempat latihan/ aktiviti dan kawasan persekitaran sebelum digunakan

              •    Keupayaan pegawai untuk menguruskan masa sesi latihan (tempoh masa, intensiti, pecahan sesi latihan/ aktiviti)
              -  tempoh masa  yang bersesuaian bagi satu-satu sesi latihan/ aktiviti secara sistematik
              -  intensiti latihan/ aktiviti yang bersesuaian dengan perancangan

              •    Keupayaan pegawai untuk mengawal selia pelaksanaan program latihan/ aktiviti yang dirancang secara sistematik
              -  program/ latihan dilaksanakan mengikut perancangan
              -  membuat catatan tentang perkembangan program/ latihan
              -  menggantikan program/ latihan yang tidak dapat dilaksanakan


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN

                                                        Semakan Bahan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  rekod latihan jurulatih (Contoh: Rancangan latihan harian/ mingguan)
               •  dokumen yang berkaitan (Contoh: Buku Rekod Mengajar/ laporan program/ aktiviti)

                                                          Temu Bual

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  Apakah tujuan latihan/ aktiviti diadakan?
               •  Apakah sasaran latihan/ aktiviti yang anda jalankan?
               •  Adakah latihan/ aktiviti ini sesuai untuk dijalankan?

                                                          Pencerapan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  latihan/ aktiviti dilaksanakan seperti yang dirancang

                                                         Pemerhatian
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  dijalankan secara umum/ tidak formal terhadap pengurusan latihan/ aktiviti yang dilaksanakan















             Garis Panduan Instrumen                         189
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248