Page 3 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 3

KATA ALU-ALUAN








               Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


               Syabas  dan  tahniah  kepada  Unit  Penilaian  Kompetensi,  Cawangan  Latihan  dan

               Kompetensi  kerana  telah  menghasilkan  Garis  Panduan  Pelaksanaan  PBPPP  yang  boleh
               dijadikan  panduan  dan  rujukan  kepada  semua  pengurus  dan  pelaksana  Penilaian

               Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).


               Saya yakin, dokumen ini dapat membantu pihak yang mengurus, Pegawai Penilai (PP),
               Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terlibat secara langsung dengan PBPPP. Garis panduan

               dan  contoh-contoh  yang  diberikan  dalam  dokumen  ini  diharapkan  dapat  memberi
               penjelasan dan panduan kepada semua pihak untuk merealisasikan pelaksanaan PBPPP

               yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.


               Saya berharap agar dokumen yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
               semua  warga  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dalam  mengurus  dan  melaksanakan

               PBPPP dengan cekap.


               Ucapan  jutaan  terima  kasih  dirakamkan  kepada  semua  pihak  yang  terlibat  sama  ada
               secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan dokumen ini dan sumbangan

               tuan/ puan amat bermakna kepada warga KPM.






               ROSPIAGOS BIN TAHA
               Setiausaha Bahagian
               Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
               Kementerian Pendidikan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8