Page 414 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 414
3PK
ASPEK A1.2: PERANCANGAN
HURAIAN
• Menghasilkan rangka kerja intervensi yang menepati kriteria pelan intervensi yang ditetapkan.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk merancang/ menyediakan pelan intervensi/ rehabilitasi
- merancang/ menyediakan pelan intervensi/ rehabilitasi yang mengandungi maklumat klien, objektif, aktiviti, bahan/ alatan khas,
jangka masa, pencapaian, dan lain-lain.
• Keupayaan pegawai untuk merancang pemilihan pendekatan intervensi/ rehabilitasi yang sesuai
- pemilihan pendekatan intervensi/ rehabilitasi perlu berdasarkan kesesuaian dan berkesan untuk menangani permasalahan/
ketidakupayaan klien.
• Keupayaan pegawai untuk merancang pemilihan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan
- mempunyai pengetahuan tentang penggunaan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan mengikut jenis permasalahan/ ketidakupayaan
klien contohnya, klien yang mempunyai masalah pendengaran perlu menjalani ujian pendengaran.
- pemilihan instrumen/ ujian/ alatan khas/ bahan perlu berdasarkan kesesuaian, praktikal dan berkesan untuk menggalakkan
pelibatan klien secara aktif dan mengekalkan minat semasa sesi intervensi.
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• fail klien
• pelan intervensi/ rehabilitasi
• dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Temu Bual
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• Mengapakah pendekatan ini dipilih?
• Apakah pendekatan yang paling sesuai untuk masalah klien berkenaan?
Garis Panduan Instrumen 318

