Page 453 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 453

Garis Panduan Pelaksanaan PBPPP





             8.0    PANDUAN CONTOH PENULISAN


                    Panduan contoh penulisan sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu PYD

                    menulis  sasaran  keberhasilan.  Penulisan  sasaran  keberhasilan  perlu  disesuaikan
                    mengikut bidang tugas dan hasil yang hendak dicapai dalam tempoh penilaian.


                    Contoh-contoh penulisan sasaran keberhasilan ini merupakan penyataan-penyataan

                    sasaran  keberhasilan  yang  dikumpul  daripada  beberapa  institusi  berkaitan  melalui
                    pelaksanaan  bengkel-bengkel  penulisan  yang  telah  diadakan.  Contoh-contoh

                    penyataan sasaran keberhasilan tersebut boleh dijadikan panduan kepada PYD dalam
                    menyediakan cadangan sasaran atau kepada PP dalam menyemak kaedah penulisan

                    penetapan cadangan nilai pengukuran sasaran keberhasilan PYD.


                    Bilangan  dan  kategori  skop  bidang  tugas/  fungsi/  akauntabiliti  dan  jumlah  sasaran
                    keberhasilan serta nilai ukuran yang ditunjukkan dalam dokumen ini tidak menunjukkan

                    bilangan  sebenar  bagi  skop  bidang  tugas/  fungsi/  akauntabiliti  dan  jumlah  sasaran

                    keberhasilan serta nilai ukuran sasaran yang sepatutnya disasar/ dicapai oleh PYD bagi
                    jawatan  yang  dinyatakan.  Bilangan  dan  kategori  skop  bidang  tugas/  fungsi/

                    akauntabiliti  dan  jumlah  sasaran  keberhasilan  serta  nilai  ukuran  perlu  disesuaikan
                    dengan  senarai  bidang  tugas  dan  tempat  bertugas  serta  berdasarkan  matlamat

                    organisasi. Pematuhan GPPKK semasa melaksanakan penilaian komponen keberhasilan
                    dapat membantu PYD dinilai dengan adil dan tepat.


                    Dalam penulisan sasaran keberhasilan, PYD disarankan untuk menggunakan kata kerja

                    yang  menunjukkan  perihal  keberhasilan  seperti  menyelesaikan,  meningkatkan,
                    mengurangkan,  mencapai,  menghasilkan,  memastikan  dan  lain-lain  lagi  bagi

                    memudahkan pemahaman maksud bagi penyataan sasaran yang ditulis. Penyataan
                    nilai ukuran penilaian boleh ditulis dengan berdasarkan kuantiti, kualiti, kos dan masa.

                    Diharapkan  panduan  contoh  penulisan  sasaran  ini  dapat  membantu  semua  pihak
                    semasa menyediakan sasaran keberhasilan dengan lebih tepat dan berfokus.


                    Berikut  ditunjukkan  contoh  pemindahan  peratus  markah  pencapaian  bagi  sasaran

                    yang  telah  selesai  dilaksanakan  semasa  penilaian  pertama  kepada  peratus  markah
                    pencapaian semasa penilaian akhir dilaksanakan.




             Contoh Penulisan Keberhasilan                   351
   448   449   450   451   452   453   454   455   456   457   458